Aku terbelajar membuat keputusan



Hari-hari berlalu sepantas masa berputar tanpa tolehan ke belakang. Semakin hari berlalu, keputusan demi keputusan dibuat dengan terpaksa dan sengaja. Setelah ku analisis segala keputusan yang pernah dibuat sejam, sehari, sebulan dan tahun-tahun yang lalu, hampir 60% keputusan yang dibuat adalah salah pada pandangan ku kala ini. Aku berfikiran bahawan hati adalah penentu kepada semua keputusan. Ke kanan atau ke kiri. Gerak hati. Naluri. Suara dari lubuk terdalam. Penting menganalisis pandangannya. Kalau hati bersih. Sebarang keputusan mulai saat ini perlu bertapis, kerana hati adalah objek yang berbolak-balik. Jawapan ya dan tidak untuk keputusan kearah sebarang kebaikan wajib dibuat. Ya jika ia mendatangkan pahala dan tidak jika sebaliknya.

Pendapat aku yang tinggal berpuluh tahun di bumi, semua orang sekeliling aku ingin menggunakanku samada untuk kebaikan atau untuk perkara buruk. Anak aku punya niat pinjam GTi aku, boss aku ingin aku buat overtime untuk menyiapkan reportnya, kakak sulung aku menyuruh aku membawa anak-anaknya bercuti riang ke Genting Highland dan jiran aku memohon agar motor kapcaiku diberi pinjam kepada sepupunya untuk ke pasar tani. Termasuk kawan aku ingin aku dan GTi-ku menemaninya ke Shah Alam selama 3 hari semata atas tujuan kerja peribadinya. Pasti kamu terhadam kata dihati, sungguh berkira 'aku' ini. Namun aku tahu, semua kamu pernah mengalami situasi sebegini.

Kita menderita dalam diam kerana beban kerja 'part-time' yang overload. Aku selalu terpaksa berkata 'Ya' tanpa menganalisis kemampuan ku melaksanakan tugas-tugas contoh di atas dengan selesa dan penuh minat. Tujuan adalah sama, kerana ingin menjaga persepsi terhadap aku. Argh! pegi mampus! <---- Dalam blog, kalau berhadapan dengan mereka, jawapan nya : "ok, baiklah". Sementara tujuan / perkara penting dalam hidup terus terabai dan terbabas.

Menurut pemerhatian aku, berjaya seseorang dalam mencapai target ialah mereka memiliki seni komunikasi terbaik mengatakan TIDAK kepada orang-orang yang permintaanya / request mereka menyebabkan hati mereka menderita. Mungkin orang yang berjaya tahu untuk mengatakan TIDAK tanpa sekelumit perasaan bersalah.

Bagaimana? Dan Bila aku berkata tidak, aku rasa bersalah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails