
Tadi panas. Sekarang mendung. Tulisan sampah busuk kembali dicatit. Nanti bapamu pulang tiada air mandinya. Kembali hari lalu tiada lah kembali. Azan berkumandang. Apakah terkesan hati? Sebut nama Pencipta dan Kekasihnya hampir berulang kali, setiap hari. 5 kali sehari. Bukan satu, malah 3 hingga 4 sudut laungan. Di depan, belakang, kiri dan kanan. Ya, separuh aku tidak peduli. Namun kecil jauh didalam gelap hati nurani mengiyakan. Mendambakan. Tak percaya? Pejam mataku, tanya hatimu. Mengapa mataku dipejam, tapi hati mu bertanya? kerana kau buta. Nampak cahaya fizikal tapi sayang aura bocor kau tidak terperasan. Bila mahu mulakan? Esok, Lusa atau dimasa akan datang? Wujudkah lagi masa hadapan untukmu? Mana aku dan engkau tahu. Itu adalah rahsia. Teruskan hidup mu. Mungkin kau fikir hidup mu wujud tanpa ada apa-apa alasan. Awas, akal mu akan sentiasa tanpa henti mencari kepuasan dan kenikmatan hidup. Dan tidak akan ditemui. Kerana kau tidak menolongnnya mencari. Berjaya. Namun tiada kesudahan untuk kepuasan. Percayalah.
No comments:
Post a Comment