
Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari Rasulullah S.A.W, baginda bersabda:
" Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi di bahagian timur, manakala yang sebelah lagi menggapai bumi di bahagian barat.
Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke-tujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki membaca Selawat kepadaku, maka
Allah memerintahkan malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy.
Malaikat yang menyelam itu kemudia keluar dan mengibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitiskan Nur. Daripada setiap titisan Nur itu, Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat".
Setengah hukama mengatakan, " Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan.
Keselamatan roh terletak pada sedikitnya dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ' Khairil Anam ' (Muhammad SAW).
Allah SWT berfirman;
" Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kamu kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang merhatikan apa yang diusahakan besok (Hari Kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan."
[Q.S Al Hasyr: 18]
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk, taat atau maksiat.
Bahkan, seluruh anggota badan akan merpesaksikannya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid seraya berkata, " Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad di atasku."
Maka legalah orang mukmin dan zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian kepada orang kafir dan orang yang derhaka sambil berkata, " Di atasku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan memakan makanan yang haram". Bumi akan membantah pengelakannya ketika ia dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya.
Sebagaiman Abul-Laits telah berkata,
" Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan 7 perkara.
1. Lisannya : Ia menghindarkan dari dusta, ghibah(mengumpat), menyebar fitnah,
berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan
berzikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
2. Hatinya : Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kdengkian pada sahabatnya.
Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasulullah
bersabda :
"Hasad itu dapat memakan kebaikan seperti api mebakar kayu"
Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang sangat berbahaya! Tidak ada
ubat selain ilmu dan amal.
3. Pandangannya : Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau
hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia
memandangnya untuk mengambil iktibar.
Rasulullah bersabda,
" Barangsiapa yang memenuhi matanya dengan perkara yang haram,
maka Allah akan memenuhinya dengan api pada hari Kiamat'.
4. Perutnya : Perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu adalah dosa besar.
Nadi Muhammad SAW bersabda,
" Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang,
maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai
atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam
keadaan demekian, maka tempatnya adalah di dalam Neraka."
5. Kedua Tanganya : Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya
untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka'ab bin Akhbar, dia berkata:
" Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari Zabarjad
Hijau. Di dalamnya terdapat 70,000 aula. Setiap aula terdapat
70,000 pondok. Tidak ada yang dapat masuk ke situ, kecuali orang
yang ditawarkan barang yang haram, namun dia menolaknya
lantaran takut kepada Allah SWT."
6. Langkah Kakinya : Dia tidak berjalan kepada maksiat. Tetapi hanya melangkah kepada
Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan ulama dan
orang-orang yang soleh.
7. Terlihat pada ketaatannya : Dia menjadikan ketaatannya semata-mata mencari
keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.
Barangsiapa yang melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk ke dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT :
" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa di dalam kebun-kebun dan
matair (Syurga) " [Q.S Al-Hijr : 45]
Seolah-olah Allah mengatakan; " Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat dari api
Neraka."
Dan seharunya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap.
Dia harus sentiasa menghrapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya.
Sebagaimana termaktub dalam firman Allah :
" Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah." [Q.S Asy Syura: 28]
Dia harus sentiasa menyembah Allah. Menghentikan perbuatan buruk. Serta bertaubat kepada Allah.
Hikayyat :
Pada suatu hari Nabi Daud a.s duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia terlihat ulat merah. Maka dalam hatinya dia berkata, " Apakah tujuan Allah menciptakan ulat ini?"
Maka dengan izin Allah ulat itu berbicara serta berkata, " Wahai Nabi Allah! Di siang hari,
Tuhanku mengilhamkan aku agar membaca "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar"
1000 kali. Di malah hari pula Tuhan mengilhamkan agar aku membaca, " Allahumma Solli ala Muhammadini Nabiyyil Ummiyi Wa ala alihi Wasohbihi Wa Sallam". 1000 kali.
Lalui apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?"
Maka Nabi Daud A.S amat menyesal menghina akan ulat itu. Dia merasa takut yang amat kepada Allah, lalu bertaubat dan bertawakal kepada-Nya.
Nabi Ibrahim Al-Khalil A.S ketika mengingati kesalahannya, berasa amat dan risau hatinya.
Kemudian Allah mengutuskan Jibril a.s datang kepadanyaseraya berkata,
" Allah kirim salam kepapda engkau dan berkata, Adakah engkau melihat seseorang yang takut kepada kekasihnya?" Kemudian Nabi Ibarhim A.S menjawab, " Jika aku ingat akan kesalahanku,
maka lupalah aku ini kekasih-Nya," Demekian akan keadaan para nabi, wali, orang soleh dan orang-orang zuhud.
-Penenang Jiwa Bab 1-
