
ISLAMABAD, Pakistan — Taliban kini sedang mara dengan bersemangat ke pusat Ibu Negeri Pakistan, Islamabad. Kini, mereka telah berjaya menguasai daerah yang berada hanya 70 Km dari ibu negeri itu.
Kejatuhan daerah Buner menandakan Taliban semakin maju melebarkan sayap penguasaannya ke atas Pakistan setelah berjaya menguasai Lembah Swat sebelum ini. Ini adalah satu petunjuk kuat dimana Taliban mengumpulkan kekuatan untuk menakluk ibu negeri, Islamabad.
Buner, kediaman untuk lebih kurang sejuta penduduk, adalah salah satu pintu masuk ke Pakistani city, Mardan, kota kedua terbesar selepas Penshawar.
Pada Rabu lalu, Pejuang Taliban yang bersenjata berat mengawal perkampungan disini, manakala polis tempatan telah berundur dari balai polis masing-masing.
Mereka tiba 10 hari selepas President Asif Ali bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Shariah, di Lembah Swat.
Wakil Kafir dari Amerika Syarikat, Hillary Clinton menunjukkan perasaan bimbang dengan mengatakan kerajaan Pakistan tidak mengambil serius perkara tersebut. Lebih menakutkan si kafir itu ialah, keadaan senjata nuklear Pakistan yang diragui tahap keselamatannya.
No comments:
Post a Comment