
Asslamualaikum wbt.
Kata pengarang yang dirahmati Allah swt, solat jumaat hukumnya Fardhu Ain pada tiap-tiap lelaki muslim yang mukallaf yang tidak wajib pada lelaki muslim yang uzur berat, bermusafir dan tidak bermukim. Bermukim bermaksud seseorang yang berada di sesuatu tempat melebihi 4 hari. Hari ia masuk kota dan keluar dari kota tersebut tidaklah dikira. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud berikut : solat jumaat itu ialah kewajipan yang penting bagi muslim kecuali hamba sahaya, wanita, orang yang uzur dan anak-anak kecil yang belum akil baligh. Orang yang tidak mengerjakan solat jumaat itu ialah orang yang munafik. Munafik disini ialah bukan munafik akidah, munafik akidah (kafir) ialah orang Islam yang benci pada agama Islam. Disebutkan juga, solat jumaat itu adalah haji bagi fakir miskin.
Menurut imam Syafie, syarat sah solat jumaat ialah dibuat pada tempat tinggal orang ramai. Tapi ini tidak ada dalam hadis nabi. Tapi ini adalah ijtihad / pandangan ulamak. Dikerjakan pada waktu zohor dan cukup 40 orang peserta. 2 khutbah dahulu disampaikan. Namun pada syarat bilangan peserta untuk menngadakan solat jumaat, ada 18 pandangan. Contoh kampung Abu ada 20 orang penduduk sahaja, boleh mengadakan solat jumaat, kerana mengadakan solat jumaat lebih afdal daripada solat zohor pada hari jumaat.
Rukun khutbah.
1. Memuji Allah ( Alhamdulillah)
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad
3. Sampaikan pesanan suruh orang takut kepada Allah
4. Membaca sekurang-kurang satu ayat Al-Quran
5. Memohon keampunan bagi sekalian muslimin dan muslimat. (bagi khutbah ke-2)
Kandungan khutbah perlu ikut isu semasa. kalau pada waktu itu musim pencuri, tok khatib mesti baca khutbah yang diisi hukum hudud, kerat tangan pencuri.
soalan.
1. Pagi tadi saya ke pasar borong beli 4 kg ikan kembung. Selepas beli ikan, saya letak atas tong ikan bersebelah tempat menjual ikan tadi, kerana saya nak ke tempat lain pula. Selapas pusing-pusing saya terus ambil ikan kembung tadi saya pulang ke rumah. Tanpa banyak cakap, saya terus masukkan ke dalam refrigerator. Pada sebelah petang harinya, saya ingin mengeluarkan ikan tersebut. Namun alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ikan saya bertukar menjadi .... SOTONG! ingatkan tukar jadi c4 ke bom ke.. Sotong tersebut kira beratnya 4 kg juga. Saya fikir perlulah saya ke pasar borong dan mencari tuan asalnya. Namun jika saya gagal menemui tuan asal, apa yang saya perlu buat terhadap sotong-sotong ini?
Jawapan : Awak perlu pergi semula ke tempat itu dan iklanlah kepada orang ramai. jika tiada orang yang menuntut, bolehlah memakannya. Tapi perlulah tanda jumlah bilangan sotong yang dimakan itu, bimbang jika tuannya datang meminta balik, boleh lah diganti balik.
No comments:
Post a Comment