Seorang tentera kafir British maut dalam satu letupan di sebelah utara Afghanistan, lapor Menteri Pertahanan UK.
Askar kafir tersebut adalah dari skuadron 34 RAF Regimen, mati ketika melakukan rondaan berhampiran Camp Bastion di daerah Helmand. Berikutan kejadian itu, jumlah kematian tentera kafir British meningkat kepada 219 orang sejak konflik terjadi pada tahun 2001.
Dia mengambil bahagian melakukan rondaan rutin untuk menghalang Pejuang Taliban melancarkan serangan ke atas Camp Bastion, iaitu pusat kem tentera kafir UK di daerah Helmand.
Tugas rejimen tersebut adalah untuk memastikan keselamatan landasan kapal terbang di dalam base dan memastikan jet pejuang kafir British dapat berlepas dan mendarat dengan selamat.
Sehingga kini, askar kafir british yang berada di Afghanistan adalah seramai 9000 orang, kedua terbesar selepas kuffar America.
No comments:
Post a Comment